MENJADI seorang ketua atau pemimpin adalah satu tanggungjawab besar yang tidak boleh dipandang ringan. Seorang ketua pastinya mengimpikan organisasi yang dipimpinnya menjadi entiti cemerlang dan menjadi contoh kepada organisasi lain. Namun, untuk mencapai tahap tersebut, hubungan antara ketua dan orang bawahan perlu dibina atas asas saling menghormati dan mempercayai. Persekitaran kerja yang harmoni lahir daripada sikap kepimpinan yang berakhlak mulia. Seorang ketua seharusnya menunjukkan budi pekerti yang baik, mengelak daripada…