Tidak dapat terima kritikan, tak layak jadi pemimpin - Adam Adli

Tidak dapat terima kritikan, tak layak jadi pemimpin – Adam Adli

Kritik
ADAM ADLI ABDUL HALIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pemimpin yang tidak dapat menerima kritikan disifatkan sebagai tidak layak untuk berada di kedudukan itu.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim berkata, beliau berkata beliau bersedia menerima kritikan selepas menggunakan peluang mengkritik pemimpin ketika menjadi mahasiswa sebelum ini.

Katanya, malah beliau juga mahu mahasiswa ketika ini tidak menjadi pengampu, sebaliknya membentuk kualiti kepemimpinan dan bersifat adil terhadap diri sendiri.

“Kalau saya sudah guna hak mengkritik, dahulu masa zaman saya sebagai seorang mahasiswa, maka saya boleh gunakan hak untuk dikritik.

“Saya berada di sini bukan hendak mendengar pujian, ampu. Bagi saya satu penghinaan buat mahasiswa jika membentuk kualiti kepimpinan dalam diri hanya berdasarkan ampu mengampu. Itu bukan perkara perlu dibentuk. Sebaliknya jadi adil terhadap diri sendiri,” katanya pada sesi soal jawab Makmal dan Dialog Kemenjadian Mahasiswa Rancangan Pendidikan Tinggi di Universiti Teknologi MARA (UiTM), semalam.

Adam Adli menambah, sepanjang dua bulan berada di kerusi nombor dua kementerian itu bukanlah kebetulan sebaliknya ia aturan yang ditentukan Allah.

“Saya baru dua bulan lebih di kementerian dan dalam tempoh itu saya perlu hadapi dengan pelbagai perkara. Itu bukan kebetulan. Saya anggap itu takdir. Takdir bukan main-main untuk orang Islam, takdir ditulis oleh Allah.

“Banyak perkara perlu dilihat, duduk berbincang dan meraikan perbezaan pendapat. Mana-mana pemimpin kalau sifatnya tidak boleh hadapi kritik maka dia tak layak mengkritik,” ujarnya

Malah, bekas aktivis yang pernah memperjuangkan pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu menegaskan, sebagai mahasiswa tiada halangan untuk mereka berbeza pendapat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×