JABATAN Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) turut terlibat dalam Projek Kampung Angkat Madani di Kampung Batu 8, Bendang Siam sebagai salah satu bentuk usaha pihak kerajaan dalam memperkasakan lagi komuniti luar bandar khususnya melalui aktiviti sosial dan khidmat komuniti. Hasrat itu akan diterjemahkan dengan menyumbang pengetahuan dan teknologi praktikal menerusi konsep latihan sambil bekerja yang bakal dilaksanakan pada bulan Ogos 2025 oleh pensyarah dan pelajar politeknik dan kolej komuniti…