Universiti perlu main peranan tingkat pendidikan kewangan

Universiti perlu main peranan tingkat pendidikan kewangan

PENGURUSAN kewangan yang baik boleh mengurangkan tekanan kewangan dan menggalakkan keputusan yang lebih rasional. Ini seterusnya menyumbang kepada peningkatan taraf hidup dan kesejahteraan keluarga.”
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENSYARAH dari Universiti Muhammadiyah Malang, Indonesia, Dr. Sri Budi Cantika Yuli, telah menjalankan khidmat komuniti antarabangsa di Pulau Pinang pada Mac 2025. Program ini memberi kaunseling dan latihan berkaitan pengurusan perniagaan dan kewangan kepada penduduk setempat.

Objektif utama ialah membantu komuniti menjana pendapatan sendiri dan lebih berdikari dari sudut ekonomi. Program ini juga menyasarkan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat tentang pengurusan kewangan yang mampan.

Antara pengisian program termasuk strategi memulakan perniagaan kecil, cara mengurus aset, pelaburan mudah dan teknik simpan kira kewangan. Pendekatan yang digunakan adalah interaktif dan mudah difahami agar peserta lebih terlibat dan mampu mengaplikasikan ilmu yang diperoleh. Program ini turut mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa perkhidmatan kewangan (OJK) yang menyampaikan pendidikan kewangan kepada peserta. Kehadiran pihak OJK memberi nilai tambah kepada aktiviti ini.

Menurut Dr. Cantika, inisiatif ini juga memperkukuh hubungan strategik antara universiti dan komuniti luar negara. Beliau berharap usaha ini dapat menjadi model kepada kerjasama rentas sempadan bagi menyokong ekonomi komuniti secara lestari. Beliau juga menegaskan bahawa kebolehan komuniti mengurus sumber ekonomi sendiri adalah kunci kepada kehidupan lebih sejahtera. Kemahiran kewangan bukan hanya untuk usahawan, malah penting untuk semua lapisan masyarakat.

Pengurusan kewangan yang baik boleh mengurangkan tekanan kewangan dan menggalakkan keputusan yang lebih rasional. Ini seterusnya menyumbang kepada peningkatan taraf hidup dan kesejahteraan keluarga. Literasi kewangan yang kukuh juga mampu membuka peluang pelaburan, mengurangkan kemiskinan dan memberi kesan jangka panjang kepada pertumbuhan ekonomi. Pendidikan kewangan perlu diberi dari awal, supaya generasi akan datang lebih bersedia mengurus kewangan sendiri.

Melalui program seperti ini, universiti bukan sahaja berperanan dalam pendidikan formal, tetapi juga dalam membina masyarakat yang lebih berdaya saing. Dengan sokongan semua pihak, inisiatif seperti ini diyakini dapat memperkasakan ekonomi komuniti di Malaysia. Ia membuktikan bahawa ilmu dari kampus boleh terus menyumbang kepada kesejahteraan rakyat secara praktikal dan berimpak tinggi. – UTUSAN

YAHYA FUAD
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×