Haramkan rokok, vape yang bercampur dadah

Haramkan rokok, vape yang bercampur dadah

FENTANYL dirujuk sebagai ‘ubat zombi’ yang memberi implikasi terhadap paru-paru dikesan dalam cecair vape.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELARAS dengan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2025, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya mengharamkan semua produk rokok termasuk vape. Larangan sebahagian daripadanya yang dilakukan ketika ini berulang kali gagal dan mudah dielakkan oleh pihak industri.

Di Malaysia, produk vape bercampur ganja dijual sejak 2015 dan pada 2023, vape ‘Magic Mushroom’ didapati mengandungi koktel dadah sintetik.

Baru-baru ini dilaporkan fentanyl dikesan dalam sistem kumbahan. Situasi ini cukup memerlukan kerajaan merasa bimbang kerana ubat ini adalah 50 hingga 100 kali ganda lebih kuat daripada morfin. Bahkan bahan ini digunakan dalam cecair vape.

Fentanyl dirujuk sebagai ‘ubat zombi’. Ini kerana pengguna akan mengalami kesan buruk pada paru-paru dengan menekan aktiviti neuron inspiratori, menyebabkan kemurungan pernafasan yang boleh membawa kegagalan pernafasan secara tiba-tiba. Banyak klip video tentang kesan Fentanyl dimuatnaik di laman YouTube.

Pengharaman terhadap semua produk rokok dan vape wajar kerana beban kesihatan awam semakin meningkat selain menimbulkan risiko serius untuk menyemarakkan lagi ketagihan dadah.

Lebih membimbangkan lagi ialah produk ini kekal mudah diakses dalam talian tanpa perlu pengesahan umur.

Jadi, langkah terbaik adalah dengan mengharamkan semua produk rokok dan vape sebelum pengguna menjadi penagih nikotin jangka panjang atau lebih teruk lagi, beralih kepada dadah lain.

MOHIDEEN ABDUL KADER
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN