KEHADIRAN Aidilfitri disambut meriah oleh umat Islam di seluruh dunia. Pelbagai aktiviti dilakukan termasuk trend tular dan selari dengan perkembangan teknologi semasa. Dalam berinteraksi dengan kreativiti masyarakat Islam bagi memeriahkan aktiviti berbentuk kekeluargaan tersebut, terdapat suara-suara yang menyokong dan melarang. Setiap pihak mempunyai hujah yang tersendiri. Di pihak yang menyokong dan terlibat dengan trend tersebut, mereka cenderung melihat ia sebagai hiburan kekeluargaan semata-mata tanpa niat meniru amalan agama pihak lain.…