Festival muzik paling berprestij dunia, Coachella Valley Music and Arts Festival 2026 sekali lagi mencuri perhatian dengan deretan persembahan luar biasa.
Bukan sahaja pentasnya gah, malah setiap artis hadir dengan konsep tersendiri yang mencetus fenomena di media sosial.
Malah, beberapa persembahan berjaya mencuri perhatian bukan sahaja kerana populariti artis, tetapi juga kerana konsep, emosi, serta impak budaya yang dibawa.
Berikut ialah lima persembahan paling ikonik di festival tersebut:-
Sabrina Carpenter
Sabrina Carpenter tampil dengan persembahan berskala besar yang menampilkan pendekatan seperti sebuah produksi filem.
Pentas direka dengan konsep visual ala Hollywood, disokong oleh pertukaran kostum yang terancang dan koreografi yang kemas.
Tampil membawakan lagu Espresso, Please Please Please dan Feather, persembahan itu disusun dalam naratif visual, menjadikan keseluruhan set bukan sekadar konsert, tetapi pengalaman sinematik yang menarik.
Lebih menarik lagi, penyanyi itu turut membawakan Susan Sandon, Will Ferrel, Sam Elliot, Samuel L. Jackson dan Corel Fogelmanis sebagai cameo di pentas mega itu.
Persembahan tersebut turut digelar sebagai Sabrinawood (Sabrina dan Hollywood) dalam kalangan peminat di media sosial.
Justin Bieber
Justin Bieber memilih pendekatan yang lebih sederhana dengan fokus kepada vokal dan emosi. Tanpa konsep yang berlebihan, dia menampilkan susunan lagu yang menekankan elemen nostalgia, termasuk karya awal yang mengimbau perjalanan awal kerjayanya.
Bagai di konsert ‘intimate’, Justin telah membuat peminat hanyut mendengar lagu hits yang berjudul Baby, Sorry, Love Yourself, Peaches dan Ghost.
Persembahan yang bersahaja itu secara tidak langsung berjaya memukau penonton yang hadir sekaligus menjadi bualan dalam kalangan peminatnya di media sosial.
Karol G
Karol G mencatat sejarah sebagai antara figura Latin paling berpengaruh dalam festival ini. Persembahannya menonjol dengan gabungan muzik reggaeton dan elemen budaya Latin yang kuat, disertai persembahan visual yang berwarna-warni.
Selain persembahan muzik, ucapannya mengenai perjalanan kerjaya dan identiti budaya memberikan impak emosional kepada penonton.
“Angkat bendera kamu, jangan rasa takut, rasa bangga,” katanya sekaligus menjadikan ucapan tersebut trending di media sosial.
Nine Inch Noize
Kolaborasi Nine Inch Nails dan Boys Noize ini membawa pendekatan muzik industri elektronik yang sangat intens.
Menerusi persembahan tersebut, kumpulan itu telah membawakan lagu Closer, The Hand That Feeds, Head Like a Hole dan March of The Pigs.
Mengetengah genre industrial rock dan EDM, ia mereka menjadi salah satu persembahan yang paling menonjol dari segi tenaga dan reaksi penonton.
Katseye
Persembahan Katseye di pentas gah itu menjadi bualan hangat apabila tampil berkolaborasi dengan Huntr/x iaitu satu kumpulan fiksyen yang diinspirasikan daripada dunia anime dan permainan video.
Gabungan realiti dan fantasi ini mencipta pengalaman pentas yang belum pernah dilihat sebelum ini.
Kumpulan itu juga membawa penonton ke dalam dunia sci-fi dengan visual Imej Janaan Komputer (CGI), lampu neon dan elemen cyberpunk.
Persembahan mereka seolah-olah sebuah filem aksi futuristik yang digabungkan dengan konsert muzik, menjadikannya sangat segar dan berbeza.










