Bersatu menentang Zionis Israel, bebaskan Palestin

Bersatu menentang Zionis Israel, bebaskan Palestin

NEGARA OIC mesti bergerak melangkaui retorik dan mengambil langkah nyata untuk menghadapi aparteid, kezaliman, dan genosid Israel. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMI menyeru Mesir segera membatalkan Perjanjian Damai Camp David dengan Israel dan menghentikan semua kerjasama keselamatan dengan Israel dan membuka sempadan Rafah untuk bantuan kemanusiaan dan sokongan ketenteraan kepada Gaza. Mesir tidak boleh terus menjadi benteng Israel dalam mengepung Gaza, tetapi mesti berdiri bersama perjuangan Palestin.

Arab Saudi dan negara-negara Arab mesti menarik pelaburan mereka dari Amerika Syarikat (AS) yang membiayai dan membekalkan senjata kepada jenayah perang Israel. Negara-negara Arab mesti menggunakan kuasa ekonomi mereka untuk menekan AS agar menghentikan sokongan tanpa syarat kepada Israel.

Negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mesti mengambil tindakan tegas dengan:
• Memberikan sokongan ketenteraan, diplomatik, dan kewangan kepada Pakatan Perlawanan (faksi perlawanan Palestin, Hezbollah, dan gerakan anti-Zionis lain).
• Mengisytiharkan Israel sebagai negara pengganas dan memutuskan semua bentuk hubungan ekonomi, politik, dan diplomatik dengan rejim Zionis.
• Membentuk pakatan pertahanan dalam kalangan negara Islam bagi menghadapi ancaman Israel.
• Negara OIC mesti bergerak melangkaui retorik dan mengambil langkah nyata untuk menghadapi aparteid, kezaliman, dan genosid Israel.

Kami juga menyeru Perdana Menteri untuk mengambil tindakan tegas dan segera terhadap jenayah perang Israel. Langkah-langkah yang perlu diambil termasuk:
• Memutuskan hubungan dengan entiti pro-Israel dan mengenakan sekatan ke atas syarikat yang berurusan dengan Israel.
• Menerajui inisiatif ASEAN dan OIC untuk menangani serangan Zionis.
• Menyatakan sokongan penuh Malaysia terhadap gerakan perlawanan Palestin.
• Memperluaskan bantuan kemanusiaan dan mencari jalan untuk memecahkan kepungan Israel ke atas Gaza.
• Kami mengeluarkan kutukan paling keras terhadap pembunuhan beramai-ramai oleh Israel, sokongan AS, dan rancangan Zionis untuk menghancurkan Al-Aqsa dan Gaza. Masa untuk bertindak adalah sekarang. – UTUSAN

GABUNGAN BEBASKAN PALESTIN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN