SISTEM penyampaian perkhidmatan kesihatan di Malaysia semakin berkembang seiring peredaran masa dan kemajuan teknologi baharu. Pelbagai usaha dan penambahbaikan dilakukan demi memastikan perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada masyarakat selari dengan objektif dalam Kertas Putih Kesihatan. Antaranya menyediakan sistem perkhidmatan kesihatan yang lebih adil dan saksama, berkualiti tinggi, mudah diperoleh pada kos yang berpatutan dan mampan untuk jangka masa panjang. Dalam memastikan perkhidmatan kesihatan yang inklusif dapat diberikan, setiap golongan masyarakat…










