Tidak perlu hukuman penjara, saman sudah memadai

Tidak perlu hukuman penjara, saman sudah memadai

ANGGOTA polis trafik melakukan pemantauan secara berkala bagi memastikan rakyat Malaysia mematuhi peraturan lalu lintas ketika berada di Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hukuman denda tinggi disifatkan sudah mencukupi berbanding penjara dalam mendidik pemandu Malaysia yang melakukan kesalahan trafik di Thailand ketika berkunjung ke negara itu.

Ketua Kelab Pemotoran Kelantan (Kelantan Bikers) Mohd. Amin Mohd. Nawawi berkata, kebanyakan rakyat Malaysia yang berkunjung ke Thailand semata-mata untuk bercuti selain menikmati makanan enak di negara berkenaan.

“Bagi saya tidak perlu sampai kenakan hukuman penjara untuk kesalahan trafik seperti memandu melebihi had laju, tidak memakai tali pinggang keledar, menggunakan telefon dan lain-lain.

“Bagi saya saman sudah memadai, kerana denda yang dikenakan berbeza dengan Malaysia. Saya yakin, rakyat Malaysia yang selalu ke Thailand berwaspada dengan peraturan tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Akhbar ini melaporkan, pemandu Malaysia yang melanggar peraturan jalan raya di Thailand bakal berdepan tindakan tegas termasuk denda sehingga RM2,385.41 atau 20,000 baht dan hukuman penjara maksimum setahun, berkuat kuasa hari ini.

Ia melibatkan kesalahan memandu laju, me­langgar lampu isyarat, tidak berhenti untuk pejalan kaki di lintasan pejalan kaki dan menggunakan telefon bimbit tanpa aksesori.

Mohd. Amin berharap rakyat Malaysia yang menunggang motosikal atau memandu kenderaan supaya sentiasa peka dengan peraturan lalu lintas di Thailand.

“Perlu diingat peraturan lalu lintas di Thailand berbeza dengan Malaysia, jadi sebelum masuk ke negara berkenaan, eloklah kita belajar peraturan terlebih dahulu,” ujarnya.

Sementara itu, seorang ejen pelancongan dikenali sebagai Amin berkata, pemilik kenderaan perlu memastikan segala dokumen lengkap dibawa sepanjang memandu di negara berkenaan termasuk cukai jalan dan insuran.

Katanya, ia bagi memastikan pemilik kenderaan tidka berdepan masalah jika berlaku kejadian di luar kawalan terutama kemalangan jalan raya.

“Thailand banyak sekatan jalan raya, jadi pastikan anda berjaga-jaga dan sentiasa wasapada dengan papan tanda amaran yang terpadat disepanjang laluan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN