Beri perhatian pada kahwin bawah umur di Selatan Thailand

Beri perhatian pada kahwin bawah umur di Selatan Thailand

SEMUA harus sedar bahawa perkahwinan bukan boleh dibuat main-main.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDEDAHAN yang dibuat Timbalan Presiden Majlis Agama Islam Narathiwat, Selatan Thailand, Abdul Aziz Che Mamat baru-baru ini tentang adanya pasangan bawah umur dari Malaysia ke pejabat agama Islam Narathiwat harus diberi perhatian oleh semua pihak.

Walaupun bilangannya tidak ramai, tetapi langkah berwaspada perlu diambil secara serius oleh ibu bapa yang mempunyai anak gadis, terutama golongan bawah umur.

Sebuah akhbar tempatan baru-baru ini memetik kenyataan Abdul Aziz bahawa ada dalam kalangan mereka masih dalam usia seawal 14 tahun.

Katanya, pasangan berkenaan datang ke pejabat tersebut berdua dan memohon dinikahkan, dengan alasan tidak dapat berkahwin di Malaysia kerana tidak mendapat izin wali.

Lebih mendukacitakan, sebagaimana dinyatakan Abdul Aziz, ada juga pasangan bawah umur dari Malaysia datang bersama wali mereka untuk berkahwin dengan alasan di Malaysia perlu melalui banyak proses sekiranya perkahwinan membabitkan individu di bawah umur.

Menurut beliau, kebanyakan pasangan lelaki yang hendak berkahwin dengan pasangan kanak-kanak bawah umur sudah dewasa dan jauh lebih tua.

Kita bersyukur kerana ketegasan Majlis Agama Islam Narathiwat tidak menikahkan mereka yang berumur bawah 17 tahun untuk berkahwin.

Justeru dari laporan tersebut, harus menjadi iktibar kepada semua pihak termasuk ibu bapa supaya jangan mudah membiarkan anak mereka berkawan dengan pasangan lelaki yang kemudian membawa anak-anak itu untuk berkahwin di Thailand.

Yang perlu diberi perhatian lebih adalah tindakan ibu bapa yang sanggup bersekongkol membawa anak sendiri untuk berkahwin di negara jiran. Ia mungkin terjadi kerana pasangan lelaki orang kaya atau seumpamanya.

Semua harus sedar perkahwinan bukan boleh dibuat main-main kerana ia akan menentukan nasib hidup anak-anak kita sendiri pada masa hadapan.-UTUSAN

RAMLI ISMAIL
Kangar, Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN