Taska wajib pamer plak berdaftar

Taska wajib pamer plak berdaftar

INI merupakan salah satu kaedah bagi memastikan ibu bapa atau penjaga dapat mengenalpasti dan menghantar anak ke taska yang berdaftar serta membantu usaha kerajaan menangani isu penderaan dan pengabaian kanak-kanak di taska.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menurut rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terdapat 1,080 buah taska yang tidak berdaftar di seluruh negara. Daripada jumlah ini, 95 buah taska tidak berdaftar tersebut terletak di Sarawak.

Sehingga 31 Januari 2025, jumlah taska berdaftar di Sarawak adalah sebanyak 142 buah. Daripada jumlah ini, 103 merupakan taska institusi, 14 buah taska di tempat kerja, empat buah taska komuniti dan 21 buah adalah taska di rumah. Kesemua bahagian di Sarawak kini telah mempunyai taska berdaftar dengan Bahagian Kuching mencatatkan jumlah taska berdaftar tertinggi iaitu 65 buah diikuti oleh Bahagian Samarahan 22 buah, Bahagian Miri sebanyak 13 buah taska dan lain-lain bahagian sebanyak 42 buah. Sehingga 10 Januari 2025, sebanyak 20 buah taska telah berjaya mendapat perakuan pendaftaran, 16 buah taska telah berhenti operasi, dan 59 telah diberi notis peringatan dan dalam tindakan selanjutnya oleh JKM.

Pada 10 Januari 2025 yang lalu, KPWKM telah melancarkan inisiatif untuk mewujudkan plak taska berdaftar bagi memastikan masyarakat dapat mengetahui sama ada sesebuah taska itu berdaftar atau tidak dengan pantas selain daripada membuat semakan di laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat di www.jkm.gov.my. Inisiatif ini merupakan salah satu kaedah bagi memastikan ibu bapa atau penjaga dapat mengenalpasti dan menghantar anak ke taska yang berdaftar serta membantu usaha kerajaan menangani isu penderaan dan pengabaian kanak-kanak di taska.

Kami menyeru semua pihak terutama taska yang belum berdaftar agar segera melaksanakan proses pendaftaran dalam usaha memastikan persekitaran kanak-kanak adalah selamat dan mencapai piawaian yang minimum. – UTUSAN

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN