PENSYARAH perlu menonjolkan diri dengan membina kredibiliti dan imej yang kukuh, demi memperkukuhkan reputasi universiti di peringkat nasional serta global. Itu merupakan saranan dari Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Datuk Profesor Dr. Mohammad Shatar Sabran dalam sesi khas bersama 180 pensyarah muda dan Profesor Madya di Dewan Seminar, Pusat Konvensyen UUM baru-baru ini. Nama universiti tidak akan melonjak tanpa sokongan para pensyarah kerana kehebatan universiti selalunya diukur melalui…