Lampu jalan tidak menyala di awal pagi

Lampu jalan tidak menyala di awal pagi

APABILA keadaan di atas jalan raya gelap, ia membahayakan pengguna jalan raya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA ingin membuat sedikit teguran mengenai lampu jalan. Maaf kalau ada mana-mana agensi atau pihak yang terlibat jika teguran saya ini menyentuh hati mereka.

Saya sering melalui jalan utama yang menghubungkan Pekeliling Jubli Emas berhampiran pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Apabila melalui jalan-jalan tersebut, terutama waktu selepas Subuh mendapati jalan-jalan terbabit gelap kerana lampu jalan tidak menyala.

Pemerhatian saya mendapati jalan yang selalu gelap ialah jalan dari Pekeliling Jubli Emas masuk ke bandar Kangar, Jalan Kangar-Padang Besar hingga ke Kampung Baru dan jalan ke Arau hingga ke persimpangan Jejawi ke Mata Ayer.

Kawasan-kawasan berkenaan adalah laluan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan laluan untuk mereka yang hendak pergi ke tempat kerja.

Apabila keadaan di atas jalan raya gelap, ia membahayakan pengguna jalan raya. Mereka mengharapkan lampu kenderaan masing-masing saja untuk bergerak, sedangkan di persekitarannya keadaan gelap seperti melalui jalan kampung.

Sehubungan itu saya amat mengharapkan pemerhatian oleh pihak-pihak berkenaan untuk memperbaiki keadaan tersebut.

Kalau hendak padamkan lampu secara automatik, jangan pula dipadamkan terlalu awal sedangkan pada waktu itu persekitarannya masih memerlukan cahaya. – UTUSAN

TEROPONG ANAK PERLIS,
KANGAR, PERLIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN