Banyak tindakan mitigasi untuk mengawal banjir telah dilaksanakan sebenarnya, namun, masalah berkenaan masih melanda seperti tiada penghujungnya. Kedudukan Belanda yang rendah membawa ancaman banjir kepada negara itu dan menjadikannya negara paling moden dari segi pengurusan banjir. Sistem kawalan banjirnya, Delta Works merangkumi rangkaian empangan, pintu air dan tambak yang mengawal aliran air dari laut utara ke kawasan darat. Pintu air dibina untuk melindungi kawasan daripada kenaikan paras air ketika ribut…