Penunggang motor melambung tinggi sehingga masuk parit

Penunggang motor melambung tinggi sehingga masuk parit

Penunggang melambung
TANGKAP layar memaparkan seorang penunggang motosikal melambung tinggi selepas bertembung dengan sebuah kereta dekat Jalan Rizab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, Jeram, di Kuala Selangor, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang penunggang motosikal melambung pada ketinggian sehingga tiga meter sebelum tercampak ke dalam parit selepas kenderaan ditungganginya itu bertembung dengan sebuah kereta dekat Jalan Rizab Zazuli, Bukit Hijau, di Jeram di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku ketika sebuah kereta Nissan Grand Livina berwarna perak dari arah bertentangan cuba belok kekanan untuk masuk ke kawasan Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC).

Menerusi video tular yang dimuat naik oleh Facebook Kuala Selangor Official, lelaki penunggang motosikal berkenaan dipercayai gagal berhenti dan mengelak kereta berkenaan lalu bertembung dan tercampak ke dalam parit.

Sementara itu, menerusi ruangan komen terdapat pengguna media sosial berkenaan memaklumkan, lelaki yang tercampak itu didakwa mencuri motosikal berkenaan menyebabkan dia menunggang dengan laju sebelum berlaku kemalangan.

“Assalamualaikum, saya berada di lokasi kejadian waktu kemalangan itu berlaku. Kereta terbabit membelok. Tetapi, plot twistnya rider motor yang terpelanting itu adalah penagih dadah yang baru curi motor orang kampung.

“Dia dah banyak kali keluar masuk lokap, orang kampung sini memang kenal dia. Dia bawa laju area situ mungkin sebab gelabah hendak larikan motor itu,” kata Karam Singing.

Malah, pengguna itu turut mendakwa tangan penunggang motosikal itu hampir putus.

Bagaimanapun, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor ketika dihubungi malam tadi memaklumkan pihaknya belum menerima laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Terdahulu, video tersebut tular dalam platform media sosial berkenaan dengan lebih 400 reaksi dan hampir 200 komen selain dikongsi sebanyak 150 kali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN