BARU-BARU ini pendedahan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tentang penglibatan seorang pemuda berusia 20-an menjadi askar upahan di Ukraine menjadi bualan hangat masyarakat. Tidak kurang juga ada yang menghina dan menuduh tanpa usul periksa. Bahkan, ada juga menyokong tindakan pemuda tersebut.
Tindakan lelaki itu bersifat membantu sesama manusia tanpa ada garisan agama, negara dan hanya berpegang kepada empati sahaja meskipun tiada terlintas di fikiran hendak menentang negara sendiri seperti diperkatakan oleh netizen saat ini.
Yang kedua apa hak masyarakat untuk lakukan sebegitu sedangkan ada di antaranya acah terpaling Palestin tetapi tindakan mereka tidak melambangkan dirinya sebagai penyokong solidariti. Mereka ini sebaliknya mengkritik golongan yang tidak sehaluan tanpa mengetahui maksud sokongan solidariti tanpa sempadan.
Oleh itu, kita harus berbalik kepada landasan sebenar, apa tujuan hidup dan kenapa mesti berbuat sesuatu perkara yang baik.
Walaupun mungkin anda tidak bersetuju dengan sesuatu perkara tetapi janganlah sehingga menyakitkan pihak lain sebaliknya lebih baik mencari fakta tulen bukan ikut kepala anda.
Berbalik kepada solidariti atau sokongan, ia bukan terletak pada wang ringgit, berkongsi di media sosial dan boikot semata-mata tetapi terdapat cara untuk menzahirkan sumbangan kepada mereka seperti menjadi sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Selain itu, banyakkan berkongsi perkara sahih kepada semua orang. Terpulanglah, ikut kemampuan dalam berbakti.-UTUSAN
FAKARUL NAIM
Kuala Lumpur










