Barisan exco Johor baharu diumum esok - Utusan Malaysia

Barisan exco Johor baharu diumum esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dijangka akan menyempurnakan majlis istiadat angkat sumpah jawatan exco negeri baharu di Istana Bukit Serene di sini, esok.

Majlis itu akan menjawab spekulasi barisan kepimpinan pentadbiran negeri baharu yang akan membantu Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerajui negeri ini bagi penggal pentadbiran akan datang.

Selain Onn Hafiz, majlis istiadat tersebut akan turut dihadiri Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr. Abdul Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir.

Ahad lalu, Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua berturut-turut.

Sabtu lalu, Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 dengan memperoleh 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dipertandingkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN