BAHAN api RON95 merupakan antara subsidi utama yang diperkenalkan kerajaan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Namun, kos subsidi ini semakin meningkat setiap tahun, sekali gus memberi tekanan kepada kewangan negara. Oleh itu, langkah rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mula dipertimbangkan bagi memastikan ia hanya disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak. Rasionalisasi ini boleh melibatkan beberapa pendekatan bagi mengurangkan ketirisan dan memastikan sumber kewangan negara digunakan dengan lebih efisien.…