UJIAN Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dimansuhkan sebagai langkah untuk menumpukan perhatian kepada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Walau bagaimanapun, terdapat pandangan agar peperiksaan ini dikembalikan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih serius dan berkesan. Peperiksaan ini akan menjadi sasaran kepada pelajar untuk berusaha mencapai kecemerlangan dan menilai tahap pencapaian mereka. Ketiadaan peperiksaan berpusat membuatkan pelajar kurang bermotivasi untuk belajar dengan bersungguh-sungguh kerana tiada…










