Jadikan Rasulullah sebagai ikon dalam kehidupan kita

Jadikan Rasulullah sebagai ikon dalam kehidupan kita

SIFAT baginda yang jujur, amanah, bijaksana dan benar adalah ciri-ciri integriti yang wajib diserapkan dalam setiap tindakan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UMAT Islam hendaklah berusaha sedaya upaya menjadikan keperibadian nabi junjungan sebagai tonggak akhlak diri kita.

Bukti kecintaan dan kerinduan kita kepada baginda tidak cukup hanya dengan mengingati tarikh, berarak dan zikir selawat semata-mata. Jadikan sifat Rasulullah sebagai syarat untuk berjaya baik kejayaan dalam diri sendiri, keluarga, masyarakat dan organisasi.

Bagaimana dengan diri kita, adakah kita menjadikan keperibadian Rasulullah sebagai akhlak kita terutama dalam menjalani ibadah seharian?

Tanggal 12 Rabiulawal, dunia ini bersinar bila Allah mengutus seorang manusia yang terpilih untuk merubah dunia. Seorang insan agung yang suci, yang bersih dan yang terpelihara iaitu Muhammad.

Lahirnya seorang manusia agung bernama Muhammad ini sebagai pedoman untuk umatnya.

Perjalanan baginda sejak mula lahir sudah pun dipenuhi dengan pelbagai dugaan dan cabaran.

Allah telah merintis jalan untuk baginda lalui sehinggalah umurnya mencecah 40 tahun maka turunlah wahyu membuka lembaran kebenaran.

Baginda berjaya membangunkan syiar agama dan mengangkat al-Quran sebagai sebuah kitab suci yang menjadi panduan ad-Din untuk umatnya.

Allah telah merintis jalan untuk baginda lalui sehinggalah umurnya mencecah 40 tahun maka turunlah wahyu membuka lembaran kebenaran.

Baginda berjaya membangunkan syiar agama dan mengangkat al-Quran sebagai sebuah kitab suci yang menjadi panduan.

Nabi Muhammad merupakan seorang tokoh agung. Sifatnya yang jujur dan amanah penuh dengan sifat integriti sehingga digelar al-Amin.

Apa pun peranan kita, kita hendaklah menanam sifat yang mulia. Jadikan Rasulullah sebagai ikon dan idola dalam perjuangan menuntut ilmu dan menabur bakti. Lihatlah bagaimana kesabaran nabi, komitmen tinggi baginda untuk mengubah umatnya.

Kita diamanahkan dengan tanggungjawab yang besar mengikut acuan dan peranan masing-masing.

Justeru, sikap dan akhlak kita seharusnya mengambil contoh dan ibrah daripada sifat integriti dan keperibadian unggul Rasulullah.

Tugas hakiki seharian kita adalah satu ibadah. Kita memperolehi rezeki daripada pengorbanan masa serta keringat untuk kita kongsikan dengan ahli keluarga.

Justeru, sangat penting untuk kita menekuni setiap inci tanggungjawab yang diamanahkan agar kehidupan sentiasa diberkati.

Inilah yang diajar oleh nabi junjungan. Sifat baginda yang jujur, amanah, bijaksana dan benar adalah ciri-ciri integriti yang wajib diserapkan dalam setiap tindakan.

Sifat negatif seperti tidak jujur, tidak amanah, hasad dengki dan tamak sangat dilarang oleh Rasulullah kerana boleh meruntuhkan organisasi. – UTUSAN

PROFESOR DATUK DR. MOHD. FOAD SAKDAN
Naib Canselor UUM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN