Bina sekolah kabin baharu di Pos Senderut

Bina sekolah kabin baharu di Pos Senderut

KERAJAAN perlu memikirkan untuk membina sebuah sekolah kabin di Pos Senderut, Kuala Lipis, Pahang sebagai projek rintis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA amat tertarik dan setuju dengan cadangan bekas senator, Datuk Mohammad Olian Abdullah supaya kerajaan membina sekolah kabin seperti tersiar dalam akhbar Utusan Malaysia bertajuk sekolah kabin di perkampungan Orang Asli.

Saya mencadangkan supaya kerajaan memikirkan untuk membina sebuah sekolah kabin di Pos Senderut, Kuala Lipis, Pahang sebagai projek rintis.
Pos Senderut mempunyai kawasan yang luas ditadbir oleh 13 orang Batin iaitu Saweh, Labu, Tigol, Bukit Long, Regang, Cempian, Kuala Senderut, Tual A, Tual B, Lubuk Mumman, Janggap, Rangan, Bertam dan Kenit.

Bahkan, jalan perhubungan di kawasan itu masih bertanah merah dengan jarak yang jauh antara satu kampung.

Kehadiran pelajar ke sekolah masih rendah terutamanya ketika musim buah dan hujan. Walaupun disediakan kemudahan asrama yang lengkap secara percuma, murid-murid masih memilih untuk tinggal di rumah masing-masing. Mereka rasa bebas tinggal di rumah dan hadir ke sekolah sesuka hatinya.

Ibu bapa juga rasa berat untuk melepaskan anaknya dalam usia muda untuk tinggal di asrama.

Kerana itu, sekolah kabin sesuai dibina di Kampung Tual. Kampungnya agak ramai penduduk dan lokasinya strategik. Sekolah ini tidak perlukan asrama. Biarkan murid-murid tinggal bersama ibu bapanya.

Semoga dengan cara ini dapat mengurangkan keciciran dan meningkatkan tahap pendidikan dalam kalangan anak -anak Orang Asli.

CIKGU OTAI OA
Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN