SAYA ingin mencadangkan agar kerajaan Madani bertindak tegas terhadap peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tanpa mengira bangsa agar tindakan undang-undang mengheret mereka ke mahkamah sekiranya malas membayar hutang.
Hutang peminjam PTPTN mencecah berbillion ringgit. Ini perkara serius kerana peminjam hutang mementingkan diri sendiri tanpa berfikir nasib pelajar yang lain.
Saya ada seorang kawan, bila dia buat diploma di universiti selama tiga tahun, PTPTN hanya mampu beri RM7,000 sebab dah tidak cukup duit. Kawan saya terpaksa berniaga online untuk menampung pelajaran. Kalau setakat telefon nak ingatkan pelajar supaya bayar hutang, mereka takkan bayar dan bagi macam-macam alasan seperti kerja tak dapat, gaji tak cukup, sibuk beli kereta, telefon, rumah dan sibuk nak kahwin walaupun hutang keliling pinggang.
Kerajaan Madani kena pegang passport antarabangsa mereka supaya mereka tidak lari ke luar negara. Ada peminjam yang selalu pergi luar negara, pakai kereta mahal, rumah besar tapi sengaja tidak mahu bayar sebab pentingkan diri sendiri.
Saya cadangkan PTPTN bertindak macam bank. Maksudnya buat laporan polis terhadap peminjam yang tidak bayar dan bagi macam-macam alasan. Sita harta mereka seperti telefon, kereta, rumah, motor dan hartanah lain yang mereka beli. Jual harta mereka dan PTPTN akan dapat balik duit.
SPRM tolong siasat staf PTPTN yang sokong peminjam yang tidak bayar dan bekerja sambil lewa untuk mengutip hutang. – UTUSAN
AMEERA
Shah Alam










