Pelajar baharu asnaf wajar dibantu

Pelajar baharu asnaf wajar dibantu

SEMUA mahasiswa baharu turut diberi bantuan kebajikan terutama kepada pelajar dari keluarga B40.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELA nasib pelajar cemerlang dalam kalangan asnaf tegar yang ingin menyambung pengajian dengan pakej inisiatif-inisiatif bantuan yang komprehensif.

Di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), seramai lima orang pelajar baharu bagi sesi 2024/2025 dalam kategori asnaf tegar telah menerima bantuan kebajikan komprehensif dan diraikan dalam satu majlis khas yang diadakan baru-baru ini.

Pada masa yang sama pihak Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Yayasan Perkasa Siswa, turut bersetuju memberi sumbangan tambahan sebanyak RM500 seorang yang akan disampaikan dalam masa terdekat bagi membantu mengurangkan beban kedua-dua pelajar ini.

Sementara itu, seorang pelajar baharu asnaf akan ditawarkan biasiswa TVET B40 di bawah kendalian pihak Kementerian Pendidikan Tinggi yang akan membiayai sepenuhnya yuran pengajian termasuk wang saku. Beliau turut akan menerima seunit komputer riba daripada pihak UTeM.

UTeM turut memberikan bantuan komputer riba setiap seorang kepada dua orang lagi pelajar.

UTeM turut membela nasib seramai 254 orang pelajar kanan B40 yang terkesan disebabkan perlu mencari rumah sewa di luar kampus mulai sesi kemasukan Oktober sesi 2024/2025.

Semua pelajar ini diberikan sebanyak RM250 setiap seorang oleh pihak UTeM bagi membantu membayar wang pendahuluan rumah sewa dan kumpulan pelajar ini telah diwakili oleh Mohamad Ukashah sebagai simbolik penerima wang saguhati tersebut.

Semua mahasiswa baharu turut akan diberi bantuan kebajikan terutama kepada pelajar dari keluarga B40.

UTeM bertekad untuk terus proaktif membantu pelajar baharu dengan turun padang sekerap mungkin bagi memastikan setiap keperluan pelajar dapat dipenuhi dan seterusnya memastikan pelajar akan terus fokus belajar untuk mencapai kejayaan cemerlang. – UTUSAN

MOHD KHAIRULHUSAINI MOHD SAAD
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Penjenamaan Korporat dan Visibiliti
Pusat Hubungan Strategik Korporat Global
Pejabat Penolong Naib Canselor (Strategik dan Kelestarian Global)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN