Kaji semula kedudukan UMNO dalam kerajaan

Kaji semula kedudukan UMNO dalam kerajaan

UMNO perlu melihat semula kepentingannya dalam kerajaan Madani sekiranya terus dikecam oleh parti komponen dalam kerajaan perpaduan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENYATAAN penghinaan oleh seorang pemimpin kanan DAP Johor perlu dipandang serius oleh UMNO.

Saya melihat isu berkenaan sebagai babak permulaan kritikan bersifat menghina dengan bersandarkan kepada fakta terkini kedudukan UMNO dalam kerajaan Madani.

Dengan melabelkan UMNO sebagai sebuah parti berpenyakit ‘kencing manis yang kronik’ sehingga diselamatkan oleh Pakatan Harapan (PH) daripada mengalami kecacatan fizikal akibat jangkitan gangren adalah sangat biadab.

Turut diambil kira ialah jumlah undi 14,000 daripada hampir 28,000 yang diperoleh calon UMNO datangnya daripada pengundi PH jadi, adakah kenyataan berkenaan membawa maksud bahawa kemenangan UMNO hasil daripada sokongan majoritinya pengundi bukan Melayu?

Walaupun kenyataan berkenaan mungkin bersifat peribadi namun ia berasaskan fakta sejarah tentang apa yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sehingga menjadikan UMNO hanya sebuah komponen kecil bersama Kerajaan Madani.

Kenyataan sinis tetapi tegas daripada pemimpin kanan DAP berkenaan tidak ubah seumpama talian hayat parti Melayu itu hanya bergantung kepada PH.

Secara dasarnya, tiada keperluan untuk pihak UMNO mahupun PH khususnya DAP memanjangkan permohonan maaf sesama mereka atas sebab munasabah bahawa kedua-dua parti berkenaan hanya bersandiwara demi bagi mengekalkan kuasa politik.

Sesungguhnya inilah kesan serta hadiah ‘istimewa’ buat UMNO yang puluhan tahun sebelum ini dianggap sebagai parti keramat orang Melayu tetapi kini dianggap sebagai seumpama ‘pesakit kencing manis yang kronik’.

Kesinambungan dari itu, wahai pemimpin UMNO, perlu mengkaji kedudukan mereka dalam kerajaan supaya apa yang dikendong tidak keciciran selepas PRU16 kelak. – UTUSAN

Rahmad Isahak
Aktivis Politik

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN