BERDASARKAN rekod Kementerian Pendidikan bagi sesi 2023/2024 yang lalu, sebanyak 3.59 peratus dalam kalangan murid sekolah direkodkan sebagai ponteng sekolah berdasarkan Sistem Sahsiah Diri Murid. Peratus ini adalah bersamaan kira-kira 182,848 orang murid berbanding jumlah keseluruhan murid seramai 5,093,272 yang direkodkan. Mereka dikategorikan sebagai ponteng sekolah sekiranya mereka tidak hadir tanpa sebab yang munasabah. Ini menjadi dilema khususnya dalam kalangan guru kelas bagi menentukan sebab ketidakhadiran pelajar ke sekolah apabila…