Benarkan hanya aktiviti kokurikulum berimpak positif

Benarkan hanya aktiviti kokurikulum berimpak positif

PIHAK sekolah perlu bijak dalam merancang dan menyusun jadual aktiviti kokurikulum agar tidak bertembung dengan waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Terdapat kebimbangan aktiviti kokurikulum dan pelbagai program lain secara berlebihan menjejaskan fokus pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Sejak kebelakangan ini, pelbagai jenis aktiviti kokurikulum dan program luar kelas. Ini termasuk pertandingan, bengkel, seminar, lawatan dan pelbagai acara rasmi yang memerlukan penyertaan aktif pelajar. Walaupun aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar di luar bilik darjah, terdapat kebimbangan apabila sebahagian besar masa sekolah digunakan untuk aktiviti ini.

Apabila terlalu banyak program luar kelas diadakan, bilangan pelajar yang hadir ke kelas berkurangan. Situasi ini bukan sahaja merugikan masa guru, malah mengganggu kelancaran PdP bagi pelajar lain yang konsisten hadir ke kelas.

Sehubungan itu, pihak sekolah perlu bijak merancang dan menyusun jadual aktiviti kokurikulum agar tidak bertembung dengan waktu PdP.

Wajar mengeluarkan garis panduan yang lebih tegas dan jelas tentang jumlah aktiviti luar yang dibenarkan dalam satu penggal. Penekanan harus diberikan kepada keseimbangan antara kokurikulum dan akademik bagi memastikan pelajar dapat mencapai kecemerlangan dalam kedua-dua aspek tanpa perlu mengorbankan salah satu daripadanya.

Hanya aktiviti yang benar-benar relevan dengan pembangunan holistik pelajar serta memberi impak positif kepada pendidikan wajar dijalankan. Aktiviti yang bersifat seremonial atau sekadar mengisi masa pelajar perlu dikurangkan bagi memberi ruang kepada PdP yang lebih berfokus dan berkualiti. – UTUSAN

AZIZUL ASYRAF MD. HELMI
SMK Dato’ Sulaiman, Parit Sulong,
Batu Pahat, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN