Bina jati diri asnaf riqab

Bina jati diri asnaf riqab

asnaf
PUPUK dan galak semangat kerjasama dan persaingan sihat dalam membantu membina sahsiah dan jati diri asnaf riqab. – ihsan MAIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIARPUN merupakan pelatih yang memerlukan bimbingan untuk pemulihan, namun hal itu tidak menghalang mereka untuk membina sahsiah dan jati diri dengan menyertai Majlis Ihtifal Perdana Asnaf Riqab Tahun 2024 anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Majlis ini melibatkan 300 pelatih dari Rumah Pemulihan Riqab dan Rumah Pemulihan Majlis. Antara pelatih-pelatih terdiri daripada Rumah Penawar, Rumah Pemulihan Hidayah Insani, Rumah Sahabat, Rumah Bela Insan, Rumah Penjagaan Damai dan Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah.

Program yang diadakan bertujuan untuk memupuk dan menggalakkan semangat kerjasama dan persaingan sihat dalam membantu membina sahsiah dan jati diri di samping mengeratkan silaturrahim di antara Rumah Pemulihan Riqab dan Rumah Pemulihan Majlis.

Sepanjang program tersebut, sebanyak tujuh pertandingan yang dipertandingkan iaitu Acara Nasyid, Bercerita Kisah Nabi (Lelaki/Wanita), Azan dan Iqamah, Deklamasi Sajak (Lelaki/Wanita), Tilawah Al-Quran (Lelaki/Wanita), Hafazan (Lelaki/Wanita) dan Kuiz Agama.

Anjuran majlis seperti ini sangat baik dalam membina sahsiah dan jati diri pelatih dalam meneruskan kehidupan selepas keluar daripada rumah pemulihan nanti.

Pada tahun ini, MAIS memperuntukkan sebanyak RM12.7 juta kepada Rumah Pemulihan Riqab menerusi Geran Bantuan Pemulihan Riqab bagi membantu kebajikan asnaf riqab khususnya di Selangor. Sumbangan tersebut meliputi kos program, pengurusan dan penjagaan asnaf riqab di Rumah Pemulihan Riqab di bawah seliaan MAIS.-UTUSAN

DR. AHMAD SHAHIR MAKHTAR
Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN