Tangani peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar universiti

Tangani peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar universiti

MENURUNKAN had usia ujian HIV dari 18 kepada 16 tahun di Malaysia adalah langkah yang wajar kerana ia memberi ruang kepada pengesanan dan rawatan awal. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MAJLIS AIDS Malaysia (MAC) dan Yayasan AIDS Malaysia (MAF) bimbang terhadap laporan terkini dari Kementerian Pendidikan Tinggi mengenai peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar universiti.

Melalui kerjasama erat dengan Kementerian Kesihatan, kami meningkatkan akses kepada perkhidmatan HIV yang kritikal melalui model jangkauan unik yang menggunakan pekerja kesihatan komuniti.

Mereka memainkan peranan penting dalam menghubungkan individu berisiko, termasuk pelajar muda, kepada perkhidmatan berimpak tinggi seperti Profilaksis Pra-Pendedahan (PrEP) dan ujian HIV kendiri.

Bagaimanapun, stigma masih menebal mungkin menyebabkan mereka merasa ragu-ragu untuk mendapatkan perkhidmatan atau sokongan, meskipun terdedah kepada risiko HIV.

Oleh sebab itu, semua usaha jangkauan MAC dan MAF tertumpu pada usaha mengurangkan stigma HIV dan menggalakkan ujian dalam kalangan golongan muda untuk mengetahui status HIV mereka.

Bagi mereka yang hidup dengan HIV, rawatan segera adalah penting kerana ia membantu merendahkan muatan virus ke tahap tidak dapat dikesan, sekali gus mencegah penularan. Bagi mereka yang berisiko, PrEP bersama dengan amalan seks selamat seperti penggunaan kondom secara signifikan mengurangkan risiko penularan.

Menurunkan had usia ujian HIV dari 18 kepada 16 tahun di Malaysia adalah langkah yang wajar kerana ia memberi ruang kepada pengesanan dan rawatan awal, meningkatkan kualiti kesihatan dan menangani realiti generasi muda yang semakin terkesan dengan epidemik HIV.

Langkah ini juga dapat mendidik mereka mengenai aspek-aspek kesihatan seksual, selari dengan trend-trend global yang menggalakkan umur ujian yang lebih rendah. – UTUSAN

DR. DINESH MAHALINGAM
Naib Presiden Majlis AIDS Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN