Saudara Pengarang, SAYA ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pegawai polis yang berdedikasi yang membantu saya sekeluarga ketika kereta kami mengalami kerosakan di kawasan rehat dan rawat (R&R) Gambang iaitu dari Terengganu ke Kuala Lumpur pada 2 Jun lalu. Pegawai Polis, Razman Mohamed Ali dari Balai Polis Pekan Awah, Maran, Pahang bersungguh-sungguh membantu sehingga sanggup menghubungi bengkel di samping membantu menghidupkan semula kereta. Saya berharap dengan pengalaman ini…










