SAUDARA PENGARANG,
DI sini saya sertakan beberapa aduan dan cadangan yang boleh kerajaan Madani perbaiki.
Pertama, berkenaan MyStep atau jawatan sementara, had umur hendaklah melebihi 40 tahun masih boleh mohon. Sekarang MyStep, pemohon mesti berumur 40 tahun kebawah. Apa jadi kepada mereka yang dibuang kerja umur 40 tahun ke atas.
Kedua, jawatan di Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), majoriti hanya target kepada mereka yang berumur 35 tahun ke bawah. Ini tidak adil. Ramai graduan baharu atau individu yang dibuang kerja berumur 40 tahun ke 50 tahun ke atas. Takkan semua kena berniaga atau kerja di pasar raya.
Ketiga, tolong sekat sindiket dari senang menjual pangkat Datuk atau Tan Sri atau Tun kepada mana-mana usahawan tidak kira perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Menyusahkan usahawan yang tiada pangkat Datuk kerana tidak dianugerah atau tidak ingin beli bila nak dapatkan tender. Adil tidak.
Keempat, Jabatan Agama Islam tolong tegur individu tidak kira Islam atau bukan Islam bila masuk pekarangan jabatan, yang masuk mahkamah syariah atau jabatan agama. Gambar papan tanda hendaklah memakai jubah, bertudung atau baju kurung.
Kelima, ramai peniaga di Bukit Naga Shah Alam, Jalan Kebun Seksyen 30 Shah Alam, Kg. Sijangkang, Taman Sri Muda Seksyen 25 Shah Alam, lot letak kereta Seksyen 19 Shah Alam, Ara Damansara terutama kawasan flat dan apartmen yang mendirikan gerai kekal di atas tanah kerajaan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tolong tengok sendiri lot letak kereta jadi kawasan berniaga. Ada yang kata asnaf tapi pakai Pajero, rumah besar masih mahu dapat duit percuma dari Baitulmal atau lembaga zakat.
Mohon siasatan dan dakwaan. – UTUSAN
AMEERA
Kuala Lumpur










