Gencatan politik demi Palestin

Gencatan politik demi Palestin

GENCATAN politik wajar dilaksanakan dengan kadar segera, demi kestabilan dan kemakmuran negara. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HIMPUNAN Gerakan Islam Malaysia (Hikam) menyambut baik saranan agar isu Palestin menjadi titik permulaan pemimpin Islam, sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang untuk melakukan gencatan politik.

Ini selari dengan firman Allah yang bermaksud: “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Al-Hujuraat: 10)

Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik pada 2021 seharusnya menjadi landasan gencatan politik agar perjalanan tadbir urus negara dan negeri dapat berjalan lancar tanpa insiden peralihan kerajaan yang telah dibentuk.

Sebarang langkah yang dilakukan untuk menjatuhkan kerajaan yang dibentuk mesti dihentikan dan gencatan politik wajar dilaksanakan dengan kadar segera, demi kestabilan serta kemakmuran negara.

Walaupun gencatan politik dilaksanakan, pihak pembangkang masih berperanan melakukan semak dan imbang dalam membawa Malaysia menjadi negara demokrasi yang lebih matang, fokus kepada perkara dasar ke arah membawa negara ke tahap yang lebih baik.

Dalam perkembangan berkaitan, Hikam turut menggesa rakyat Malaysia agar berganding bahu bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perjuangan pembebasan Palestin dan isu-isu kemanusiaan sejagat.

Solidariti ini harus dizahirkan bagi memberi sokongan moral kepada kerajaan untuk terus konsisten membela rakyat Palestin, sekali gus sokongan dalam membangunkan Malaysia ke arah kemakmuran dan kesejahteraan.-UTUSAN

HIMPUNAN GERAKAN ISLAM MALAYSIA (Hikam)
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN