Aidilfitri semai perpaduan, erat silaturahim

Aidilfitri semai perpaduan, erat silaturahim

HARI raya bukan sekadar perayaan dunia, tetapi juga satu amalan keagamaan yang mengajarkan nilai-nilai seperti kesederhanaan, kemesraan dan kemaafan. – UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MAJLIS Belia Malaysia (MBM) mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan belia.

Sebagai badan induk pergerakan belia negara ini, MBM berharap kita dapat bersama-sama menyambut Aidilfitri dengan penuh rasa syukur atas segala nikmat yang diberikan selama ini.

MBM menyeru agar setiap masyarakat terutamanya generasi muda mengambil peluang ini dengan kunjung-mengunjungi, bermaaf-maafan dan mengeratkan silaturahim.

Lebih dari itu, Aidilfitri sebenarnya memberi ruang kepada kita untuk lebih kenal-mengenali tidak mengira kaum, bangsa dan agama dengan mengenepikan segala perselisihan pendapat, fahaman politik dan sebagainya.

MBM berharap, beberapa kemelut dan isu berlaku kebelakangan ini yang mendatangkan kegusaran dalam masyarakat dapat diredakan.

Setiap masyarakat khususnya golongan belia perlu memainkan peranan positif seperti advokasi aspek kesedaran, kefahaman dalam membawa naratif perpaduan dan bukannya menyebarkan adu domba yang berterusan dalam masyarakat.

MBM juga mengingatkan rakyat sempena perayaan kali ini khususnya pemandu yang pulang berhari raya memandu dengan berhati-hati dan berhemah ketika berada di jalan raya memandangkan pertambahan bilangan kenderaan.

Marilah kita meraikan hari kemenangan ini dengan sifat tawaduk, ukhuwah sesama manusia demi keharmonian dan kesejahteraan yang berterusan. – UTUSAN

HASNUL HANIFF HARUN
Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×