SAUDARA PENGARANG,
TERDAPAT 10 kualiti utama yang diharapkan daripada seorang guru untuk mencapai kecemerlangan dalam mengajar:
- Pengetahuan mendalam tentang kurikulum membolehkan guru merancang pengajaran dengan lebih efektif dan memastikan setiap aspek penting dipelajari secara menyeluruh.
- Guru yang berdaya guna mampu merancang pengajaran yang menyokong pelbagai gaya pembelajaran murid, memastikan bahawa sesi pembelajaran berjalan dengan lancar dan efisien.
- Guru yang berupaya mengintegrasikan bahan pengajaran yang pelbagai dan menarik dapat menarik minat murid dalam proses pembelajaran.
- Penggunaan teknologi sebagai alat bantu pengajaran merupakan satu aspek yang penting dalam konteks pendidikan moden. Guru yang mahir dalam menggunakan teknologi mampu menyampaikan pengajaran dengan cara yang lebih dinamik dan menarik.
- Penyampaian pelajaran yang berkesan. Guru yang dapat menyampaikan isi pelajaran dengan jelas dan menarik dapat memastikan murid memahami konsep-konsep yang diajar.
- Interaksi dan penglibatan murid perlu diberi perhatian. Guru yang dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berinteraksi dan merangsang dapat meningkatkan motivasi dan kefahaman murid.
- Penilaian pembelajaran yang adil dan teliti adalah penting untuk mengukur pencapaian murid.
- Skema soalan dan jawapan yang mencabar dan merangsang pemikiran kritis. Guru yang menyediakan soalan-soalan yang membuka ruang untuk pemikiran kreatif dapat memupuk kemahiran berfikir kritis murid.
- Guru perlu mengenal pasti bakat dan keupayaan unik setiap murid dan menyediakan sokongan yang sesuai untuk membolehkan mereka berkembang secara optimal.
- Seorang guru yang cemerlang sentiasa mencari peluang untuk memperbaharui pengetahuan dan kemahiran bagi memastikan mereka dapat terus memberikan pengajaran yang berkualiti.
Kesemua kualiti ini membentuk asas bagi seorang guru yang cemerlang. Dengan mengamalkan standard-standard ini, guru dapat memainkan peranan yang lebih efektif dalam membentuk generasi masa depan yang kompeten dan berdaya saing. – UTUSAN
NOR AZIRAH
SMK Dengkil, Selangor










