Bukan Sukan Komanwel, tetapi anjur Sukan Asia

Bukan Sukan Komanwel, tetapi anjur Sukan Asia

MALAYSIA mempunyai pengalaman menganjurkan Sukan Komanwel pada 1998 di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

INI ialah pandangan peribadi saya mengenai laporan baru-baru ini yang memberi bayangan hasrat Kerajaan Madani untuk menganjur Sukan Komanwel 2026 selepas Victoria di Australia tarik diri beberapa bulan lepas kerana kos yang terlampau tinggi.

Pertama sekali, Malaysia pernah menganjur Sukan Komanwel pada 1998 di Kuala Lumpur. Kita sepatutnya membida untuk Sukan Asia kerana tak pernah menganjurnya. Tambahan pula, prestasi Sukan Asia lebih berkualiti tinggi dan bertaraf dunia dengan penyertaan negara-negara gergasi seperti China, Korea dan Jepun.

Sementara negara-negara yang cemerlang dalam Sukan Komanwel ialah England, Australia, India dan Kanada sahaja. Kalau Malaysia mahu pamerkan prestasi cemerlang dalam dua sukan Olimpik seperti badminton dan terjun, kita kena bersaing dengan China, Korea dan Jepun.

Kita pernah membida untuk Sukan Asia 2006 tetapi gagal selepas kalah kepada Qatar. Kenapa tidak mencuba lagi? Dalam keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu, situasi mungkin tidak mengizinkan kita menganjur Sukan Komanwel kerana semua negara-negara Komanwel berasal dari semua zon masa dan semua sudut dunia tetapi atlet-atlet negaranegara Asia adalah dari jarak berdekatan sahaja.

Malahan pula, signi­ kan Komanwel dalam konteks Keluarga Komanwel telah menurun dan merosot kerana zaman gemilang Empayar British sudah tiada lagi. Negara-negara Komanwel yang mampu anjur Sukan Komanwel adalah England, Australia, India dan Kanada sahaja.

Kali ini tiba masa benua Asia untuk menyerlah. Kalau tidak silap, negara-negara Asia Tenggara seperti Thailand (empat kali), Indonesia (dua kali) dan Filipina(sekali) pernah menganjur Sukan Asia, tetapi Malaysia belum. Ambillah peluang sekarang. – UTUSAN

LEE HUI SENG

Sungai Buloh, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×