Pemansuhan skim pencen perlu diperhalusi

Pemansuhan skim pencen perlu diperhalusi

KERAJAAN perlu menawarkan skim perkhidmatan yang lebih baik dan menjamin masa depan penjawat awam. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

CADANGAN kerajaan untuk memberhentikan skim pencen kepada penjawat awam yang baharu perlu diperhalusi dengan sebaiknya dan mendapatkan pandangan semua pihak.

Bagi pihak kesatuan guru, kita menggesa perkara ini perlu diperhalusi dan sesi libat urus serta penerangan yang jelas terutama bentuk skim baharu yang dicadangkan.

Jika sekiranya pihak kerajaan ingin memansuhkan skim ini, ia dikhuatiri ramai penjawat awam akan berpindah ke sektor swasta dan ini merugikan sektor awam.

Ini kerana, kebanyakan penjawat awam bekerja di sektor pendidikan dan kesihatan yang merupakan sektor penting negara.

Kerajaan perlu menawarkan skim perkhidmatan yang lebih baik dan menjamin masa depan penjawat awam jika mahu perubahan skim ini.

iGuru berharap satu skim yang lebih bermanfaat kepada penjawat awam dan jika skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin diwujudkan maka skim gaji sedia ada perlu dinaikkan untuk manfaat simpanan yang lebih. – UTUSAN

MOHD. AZIZEE HASAN
Setiausaha Agung Kongres
Presiden iGuru / Kesatuan Guru-Guru
Agama Malaysia Barat (KKGAMB)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya