Cungkil bakat seni dalam diri murid

Cungkil bakat seni dalam diri murid

HASIL karya seni membuktikan bahawa kreativiti itu tiada sempadan. – GAMBAR RIZUAN SHAH HAPIPI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DI Kuantan, terdapat satu program bengkel seni catan cat air yang mana kreativiti tidak mengenal had usia, bakat dan sempadan.

Keunikan bengkel ini dilakukan dengan kehadiran bakat baharu yakni guru-guru mudanya yang membawa idea-idea segar, dinamik dan inventif.

Bengkel ini bertujuan membimbing teknik menjawab Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang tepat disamping turut memupuk, mencungkil dan mengasah kehebatan bakat khususnya pelajar yang mengambil subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) sebagai elektif mereka.

Para pelajar Sekolah Sukan Malaysia Pahang dibimbing untuk menyelami kedalaman imaginasi, merakam momen, perasaan dan impian dengan setiap pukulan garis pensel yang matang.

Penguasaan lakaran pantas adalah kelebihan program ini kerana mereka akan dilatih untuk melakar dengan cepat agar memperoleh lebih masa semasa mewarna seterusnya memuktamadkan kerja catan mereka dalam suasana peperiksaan SPM sebenar.

Namun, apa yang benar-benar membezakan program ini ialah sesi sentuhan terakhir, hasil karya seni membuktikan bahawa kreativiti itu tiada sempadan.

Semua peserta dikehendaki menghabiskan catan pemandangan cat air mereka dalam tempoh tiga jam seperti peperiksaan SPM yang sebenar.

Mereka bukan sahaja perlu menjawab dan menghabiskan catan tersebut, tetapi seboleh-bolehnya untuk menyelesaikan karya catan mereka dengan gred yang cemerlang.

Ia memberi inspirasi kepada peserta dan mengingatkan kita semua, bahawa semua peserta tiada halangan untuk menjadi kreatif, inovatif dan boleh berjaya dalam kertas SPM PSV dengan teknik yang betul.

Jadi, jika anda ingin meluahkan perasaan artis dalaman anda, jangan pergi lebih jauh dan sertai bengkel catan cat air dijalankan di sekeliling anda.

Terdapat banyak program melukis dan mewarna yang dianjurkan oleh guru-guru yang berdedikasi. Jadikanlah mereka sebagai inspirasi dan cita-cita murni, jangan rugikan bakat dan kreativiti anda hilang begitu sahaja. – UTUSAN

RIZUAN SHAH HAPIPI
Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual
SMK Bukit Rangin

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN