Banyak kes jenayah haiwan tidak cukup bukti

Banyak kes jenayah haiwan tidak cukup bukti

BANYAK faktor menyumbang kepada lambakan laporan kezaliman haiwan tetapi tidak bermerit untuk dibawa ke mahkamah. – UTUSAN/AMIN AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BANYAK kes jenayah haiwan tidak boleh diteruskan di peringkat mahkamah kerana bukan sahaja tidak cukup bukti tapi tidak ada bukti kukuh dan jelas.

Apabila ditanya pengadu adakah mereka mempunyai bukti? Jawabnya, nenek kepada kawan sebelah mak dia yang beritahu.

Itu bukanlah bukti tapi itu maklumat ketiga yang boleh didengar namun tidak bermerit. Ramai juga yang tidak faham beza antara kezaliman dan pengabaian yang perlu diberikan notis penambahbaikan.

Ada pula pihak yang bergaduh dengan jiran menggunakan haiwan peliharaan jiran untuk mengenakan kepada dengan membuat laporan berbentuk sensasi dan mengada-adakan cerita bagi menggambarkan jiran itu zalim dan aniaya haiwan sebagai balas dendam.

Banyak faktor menyumbang kepada lambakan laporan kezaliman haiwan tetapi banyak yang tidak bermerit untuk bukan sahaja dibawa ke mahkamah.

Malah peringkat menyiapkan kertas siasatan juga sukar dan jika dipersembahkan kepada pendakwa raya juga pasti tertolak.

Kerana itulah ramai menyangka pihak berkuasa sama ada Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia tidak membuat tindakan sekiranya terdapat laporan kes jenayah haiwan. Jika berminat untuk mendapat pendedahan, orang ramai boleh mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Persatuan Haiwan Malaysia bersama Akademi Haiwan Malaysia dan Malaysia Animal Crime Transparency (MyAct).

Antara sijil yang ditawarkan adalah Sijil Pengurusan Sistem Keadilan Jenayah Haiwan untuk orang awam, Sijil Tatacara Pengendalian Haiwan Terbiar untuk badan pengurusan bersama (JMB) dan Sijil Penguatkuasaan Undang-Undang dan Penyiasatan Jenayah Haiwan untuk pelajar-pelajar diploma atau ijazah sarjana muda bidang penguatkuasaan
undang-undang dan penyiasatan. – UTUSAN

ARIE DWI ANDIKA
Presiden Persatuan Haiwan Malaysia dan Pengerusi Persatuan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Penyiasatan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya