Vape: KKM tak boleh lepas tangan serah ‘mandat’ pada ibu bapa

Vape: KKM tak boleh lepas tangan serah ‘mandat’ pada ibu bapa

KEMENTERIAN KESIHATAN dilihat lepas tangan tentang isu membabitkan bahaya vape dan e-rokok dan menyerahkan tanggungjawab itu kepada ibu bapa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ANTARA peranan penting Kementerian Kesihatan (KKM) adalah melindungi kesihatan awam dan mengekalkan masyarakat yang sihat. Malangnya, kementerian ini tidak bertindak berdasarkan bukti kukuh untuk menyokong pengharaman produk vape.

Lebih teruk lagi, tindakan yang diambil oleh KKM memudaratkan kesihatan awam apabila mengeluarkan nikotin, racun dan bahan punca ketagihan dari senarai racun.

Dengan setitik dakwat pena, KKM membatalkan peranannya untuk melindungi orang ramai terutama kanak-kanak dan menyerahkan tanggungjawab mereka mengenai isu vape kepada ibu bapa.

Berikut adalah 10 peranan perlu diambil alih oleh ibu bapa:

Pakar vape: Ibu bapa perlu tahu lebih 1,000 jenis atau perisa vape.

Pakar racun: Mendidik anak tentang bahaya vape. Lebih penting lagi, dapat mengenali gejala keracunan pada anak.

Doktor dada: Segera kenal pasti jika anak mengalami kesukaran bernafas untuk menghubungi ambulans atau membawa ke hospital.

Pegawai penguat kuasa: Ibu bapa kena peka kedai menjual vape berdekatan kawasan perumahan atau sekolah.

Guru disiplin: Pastikan tiada peranti vape dalam beg sekolah.

Tentera siber: Sentiasa pantau dan jejak aktiviti media sosial atau laman web yang dilayari anak-anak.

Pakar harta intelek: Memudahkan ibu bapa menyedari jenama mainan kanak-kanak tidak digunakan sebagai jenama vape.

Pakar penyeludupan: Ibu bapa perlu peka status asli sesuatu jenama vape.

Pakar ketagihan: Boleh tahu bila anak mengalami masalah ketagihan vape dan mendapatkan bantuan segera.

Pakar kawalan tembakau: Bagi memastikan ibu bapa tahu bahawa sudah lebih 40 negara mengharamkan e-rokok termasuk lima negara jiran dan dapat kenal pasti doktor putaran industri yang menceritakan kisah benar tentang bahaya vape.

Daripada KKM meninggalkan ‘mandat’ buat ibu bapa melindungi kesihatan awam, jauh lebih baik KKM melakukan perkara yang betul dengan melaksanakan Rang UndangUndang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) dengan peruntukan untuk melindungi mereka yang lahir pada 2007 dan seterusnya.-UTUSAN

N.V. SUBBAROW
Pegawai pendidikan dan aktivis antimerokok
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya