Pembangunan rohani penting walaupun tidak nampak

Pembangunan rohani penting walaupun tidak nampak

KITA perlu memperbanyakkan kesyukuran kepada Tuhan yang telah mengurniakan pelbagai nikmat kehidupan. – UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, terdapat saranan supaya semua universiti tidak terlalu taasub mengejar ranking atau penarafan universiti antarabangsa kerana pendekatan tersebut tidak relevan apabila timbul percanggahan dan ketelusan terhadap penanda aras digunakan.

Pada masa sama, pihak terbabit mencadangkan universiti melahirkan graduan yang lebih manusiawi dengan cara mengelak pelajar cenderung kepada hal-hal keduniaan yang memperdayakan kehidupan berbanding hal-hal kerohanian yang membawa ketenangan hakiki buat hatinya.

Oleh itu, pelajar perlu memperbanyakkan kesyukuran kepada Tuhan yang telah mengurniakan pelbagai nikmat kehidupan sama ada nikmat yang datang secara bersifat semula jadi atau nikmat yang lahir daripada potensi penggunaan akal dan ilmu dikurniakan Allah kepada manusia.

Dengan mempercayai adanya Tuhan dan beriman kepada-Nya akan membolehkan pelajar menyedari bahawa aspek rohani tidak boleh dipisahkan daripada persoalan hidup.

Dari rohani yang hidup itulah akan terpancarnya rasa kehambaan tinggi terhadap atau penciptanya. Juga daripada kesuburan rohani itu jugalah terpancarnya nilai-nilai manusiawi atau keinsanan yang tinggi seperti sifat kasih sayang, rendah diri, berlaku adil dan rasa ingin berlumba-lumba dalam membuat kebajikan.

Oleh itu, aspek kerohanian insan perlu dipertingkatkan kerana peranannya dapat mengangkat harakat insaniah ke aras yang tinggi, manakala penumpuan keterlaluan kepada aspek kebendaan akan membawa kemusnahan diri insan dan masyarakatnya.

Ironinya, hari ini peranan kerohanian dalam kehidupan dipandang enteng oleh manusia termasuk sebahagian umat Islam sendiri. Kesannya, ramai yang gagal berdepan dengan cabaran dan tekanan hidup.-UTUSAN

MOHD. AYOP ABD. RAZID
Penganalisis sosiopolitik bebas

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya