PM hubungi pemimpin negara Eropah, pastikan aktivis GSF ditahan rejim Zionis dibebas segera

PM hubungi pemimpin negara Eropah, pastikan aktivis GSF ditahan rejim Zionis dibebas segera

SANI ARABY ABDUL ALIM ARABY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berhubung dan bekerjasama rapat dengan para pemimpin negara-negara Eropah termasuk Turkiye, Spain dan lain-lain bagi memastikan semua aktivis Global Sumud Flotila (GSF) yang ditahan rejim Zionis dibebaskan segera melalui usaha diplomatik bersepadu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau menegaskan bahawa semua aktivis mesti dilindungi daripada sebarang bentuk penderaan, penganiayaan atau pelanggaran hak asasiserta tidak boleh dikenakan sebarang tindakan tidak berperikemanusiaan hanya kerana membawa suara keamanan dan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

“SNCC mengecam tindakan pemintasan dan penculikan ini sebagai perlakuan lanun, bacul dan jelas melanggar undang-undang antarabangsa, khususnya UNCLOS.

“Ini merupakan pencabulan serius terhadap prinsip kebebasan misi kemanusiaan yang dilaksanakan di perairan antarabangsa,” katanya.

Justeru, beliau menyeru rakyat Malaysia untuk terus melaksanakan solat hajat, bacaan qunut Nazilah dan munajat berterusan demi keselamatan seluruh delegasi misi serta kejayaan usaha pembebasan Gaza. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN