Sikap, emosi, minda juga perlu merdeka

Sikap, emosi, minda juga perlu merdeka

ROS persatuan
MENCIPTA versi terbaik diri bermula dengan mengubah minda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEMERDEKAAN sebenar bukan hanya bebas daripada penjajah semata-mata sebaliknya perlu dilihat dari aspek kehidupan meliputi tingkah laku, emosi ataupun minda.

Dalam kehidupan pasti ada pasang surut dan pahit manis, namun bagaimana anda boleh menjadi versi terbaik diri sendiri walaupun sedang melalui kehidupan mencabar?

Beberapa langkah ini boleh membantu anda melihat diri melalui sudut kesukaran dan keluar menjadi individu yang hebat.

MINDA POSITIF
Wujudnya pemikiran dan pandangan negatif akan memperlahankan tindakan untuk mencapai matlamat dan impian, menghalang daripada mencuba perkara baharu, enggan menerima perubahan dan gagal mendorong diri ke hadapan. Mencipta versi terbaik diri bermula dengan mengubah minda.

KENALI DIRI 
Kekeliruan dan tidak jelas tentang kehidupan akan menjadikan anda seorang yang pemarah dan mudah mengalah. Dorong diri ke haluan yang jelas berdasarkan keinginan dalam hidup.

SENARAIKAN MATLAMAT
Matlamat harus realistik dan ada tempoh untuk dicapai. Spesifikkan matlamat dan elak matlamat yang luas dan kabur. Buat perancangan dan jangan terlalu risau tentang kesempurnaan kerana ia mungkin berubah mengikut keadaan.

TERIMA PERUBAHAN
Tinggalkan zon selesa sekiranya ingin melihat perubahan. Perubahan memang suatu yang tidak disukai, namun jika berjaya mengatasi ketidakselesaan, anda akan mencapai banyak perkara yang hebat.

JAUHI AURA NEGATIF
Kadangkala hidup akan menjadi sedikit rumit apabila dikelilingi individu yang merugikan. Belajar untuk menjauhkan diri daripada orang yang mencipta persekitaran toksik. Kenal pasti perkara yang menghalang anda mencapai kejayaan dari segi fizikal, mental dan emosi.

PELABURAN DIRI
Tiada istilah pembaziran wang, masa dan usaha jika membuat pelaburan terhadap diri sendiri dalam aspek kesihatan, ilmu pengetahuan dan perhubungan sama ada dengan rakan atau keluarga. Antara pelaburan lain yang anda boleh lakukan adalah pelaburan kewangan, kerohanian, gaya hidup, pekerjaan dan sebagainya.

PELIHARA EMOSI
Semua emosi adalah normal dan merupakan sebahagian daripada kehidupan. Anda digalakkan meraikan apa jua bentuk perasaan yang muncul.

CAPAI MATLAMAT
Istiqamah adalah konsistensi dalam mencapai matlamat dan yakin akan mencapainya. Luangkan masa setiap hari untuk menilai matlamat, bertindak dan bersabar untuk melihat hasilnya.-UTUSAN

DR. NORAISHAH DAUD
Pusat Kaunseling
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya