Kaji cadangan wujud Mata Wang Asia Timur - Utusan Malaysia

Kaji cadangan wujud Mata Wang Asia Timur

NEGARA-NEGARA Asia termasuk Malaysia perlu mengurangkan pergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS). – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEKALI lagi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuktikan bahawa umur itu hanyalah satu angka. Sewaktu menghadiri beberapa persidangan di peringkat antarabangsa baru-baru ini beliau telah melontarkan beberapa pandangan yang agak kritikal dan provokatif.

Di sinilah kita dapat melihat betapa pemikiran Dr. Mahathir pada usia 98 tahun adalah pada tahap intelektual dan mental yang tinggi. Apa yang beliau ucapkan dan perkatakan mendapat perhatian serius dunia serta liputan yang luas termasuk media massa di Amerika Syarikat (AS).

Pandangan yang diberikan berkaitan isu peperangan antara Ukraine dan Russia, di mana beliau menzahirkan kebimbangan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sedang mengumpul sokongan dari negara-negara selatan yang di gelar Global South. Sekiranya mereka menyokong konflik itu, ia seumpama akan berlaku Perang Dunia ketiga.

Lebih-lebih lagi negara yang terlibat memiliki senjata nuklear, sudah tentu jika ada yang menggunakannya, kemusnahan dunia adalah pasti. Oleh itu, beliau menekankan cara terbaik bagi mengendalikan konflik itu adalah melalui proses timbang tara.

Dr. Mahathir juga bercakap mengenai jumlah penduduk bumi telah mencecah 8 bilion orang. Jika tidak dipelajari bagaimana untuk mengurusnya, pasti akan timbul berbagai konflik dan masalah di masa hadapan.

Begitu juga, beliau mencadangkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) distruktur semula bagi membolehkan satu badan seumpama kerajaan dunia ditubuhkan.

Dr. Mahathir seterusnya mencadangkan Asia membebaskan diri dari didominasi Barat dari segi ekonomi dan politik termasuk mewujudkan Mata Wang Asia Timur bagi tujuan perdagangan untuk mengurangkan ketergantungan kepada dolar AS.

Begitulah situasi negarawan ini yang masih dalam keadaan sihat dengan pemikiran tidak pernah luntur ketajaman dan kebijaksanaannya. Jemputan dari seluruh dunia masih tidak putus-putus untuk mendengar pendapat dan pandangan beliau. – UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM, Jawatankuasa Sekretariat Tanah Air

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya