Rakyat sudah bosan dengan ‘fatwa’ Abdul Hadi

Rakyat sudah bosan dengan ‘fatwa’ Abdul Hadi

ADAKAH jalinan kerjasama Pas melalui Proklamasi Orang Melayu yang diterajui Dr. Mahathir Mohamad (kiri) dapat menyatukan semula orang Melayu?
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENGARUH bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dipercayai sudah semakin pudar meskipun perkembangan terbaharu menunjukkan beliau dilihat cuba menumpang populariti pemimpin Pas.

Pada 3 Mei lalu, beberapa pemimpin Pas termasuk Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang menandatangani Proklamasi Orang Melayu diterajui Dr. Mahathir.

Ia menimbulkan spekulasi kononnya Perikatan Nasional (PN) bakal berpecah susulan pembabitan ahli Parlimen Pas dengan proklamasi terbabit.

Pun begitu, saya mahukan jawapan tuntas, apakah rasionalnya antara Kongres Melayu dan Proklamasi Orang Melayu yang ingin diperjuangkan? Bukankah maksud dan tujuannya hampir sama sekiranya tersembunyi motif lain yang mahu diselindungkan daripada pengetahuan ramai?

Sementara imej serta reputasi Abdul Hadi pula diburukkan lagi selepas kerap mengubah ‘dalil’ demi survival politik. Kini Abdul Hadi dilihat seperti mahu meninggalkan PN dan ingin bersama Proklamasi Orang Melayu pada saat hampir pilihan raya negeri (PRN).

Umumnya, Pas yang sinonim dengan politik makan keliling masih boleh lagikah mendapat kepercayaan rakyat kerana mereka semakin ‘bermain wayang’ daripada memperjuangkan agenda umat sebenar?

Sekarang apabila Pas kembali menjadi pembangkang, mulalah membantah dalam segala hal tetapi anehnya semasa perbahasan di Dewan Rakyat, tidak pula hendak bercakap atau berhujah.

Justeru, secara peribadi Abdul Hadi perlu berhenti berdengki dengan hasil kejayaan orang lain terutama terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berhempas pulas membina negara ini agar menjadi lebih baik.

Lebih bagus lagi jika Abdul Hadi membuat keputusan supaya berundur daripada arena politik negara. Usahlah lagi cuba hendak mengganggu gugat kestabilan politik negara yang kita cintai. Kami sudah letih hendak menghadap fatwa-fatwa bercelaru yang tidak thiqah.-UTUSAN

TOK WALI SONGE
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya