Air: Sanusi gagal selesai masalah rakyat?

Air: Sanusi gagal selesai masalah rakyat?

KERAJAAN negeri Kedah sejak diterajui Muhammad Sanusi Md. Nor seolah-olah tiada langsung perancangan strategik bahkan gagal mengurus serta menangani masalah bekalan air.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TIDAK cukup sekadar terasa bahang fenomena strok haba, ia diburukkan lagi keadaan ketiadaan bekalan air bersih di beberapa kawasan di Kedah.

Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang mengendalikan bekalan air bersih di negeri itu dikatakan tidak membantu ramai penduduk yang terjejas ekoran masalah ketiadaan air.

Betapa lemahnya pentadbiran kerajaan negeri Kedah sejak diterajui Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, dilihat tiada langsung perancangan strategik bahkan gagal mengurus serta menangani masalah isu rakyat.

Sebaliknya, Muhammad Sanusi suka menjaja cerita yang direka-reka bagi tujuan menarik perhatian penyokongnya seperti membuat kenyataan kononnya kerajaan perpaduan akan tumbang tidak lama lagi.

Naratif inilah yang diulang tayang beliau supaya penyokong-penyokong kekal setia bersama parti pimpinannya pada hal itu hanyalah tipu helah dan perang psikologi.

Tindakan itu dilakukan memandangkan aura Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin diterima seluruh rakyat.

Jadi, sedikit sebanyak meresahkan kem pemimpin parti blok pembangkang kerana reputasi serta ‘gelombang hijau’ telah dipukul badai.

Kita percaya naratif yang sengaja dicetuskan Muhammad Sanusi serta pemimpin blok pembangkang sudah tidak berkesan lagi, bahkan kenyataan-kenyataan tersebut telah ditempelak oleh pihak Istana Negara dan Sultan Johor.

Bukankah ia sungguh memalukan bilamana pihak Istana Negara menolak mentah-mentah sebarang cubaan untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan melalui ‘pintu belakang’?

Jadi, kami menyeru kepada semua penyokong kerajaan perpaduan untuk kekal bertenang. Insya-Allah, kita akan dapat tawan Kedah dan tidak mustahil negeri Siti Wan Kembang akan menjadi milik kerajaan perpaduan.-UTUSAN

CUCU TOK JANGGUT
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.