Penduduk berhak hidup secara aman - Utusan Malaysia

Penduduk berhak hidup secara aman

TAHAP kematangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memasuki matrikulasi tidak sama dengan mahasiswa tahun satu dan ke atas. – GAMBAR HIASAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, media massa melaporkan perasaan kurang senang penduduk terhadap bunyi bising dari sebuah pusat tahfiz yang dikatakan mengganggu privasi mereka.

Penulis teringat satu kisah benar yang berlaku 30 tahun dahulu, ketika masih menuntut di salah sebuah universiti awam yang terletak di Bangi, Selangor.

Akhbar Utusan Malaysia telah menyiarkan aduan penduduk dengan tajuk Rumah dijadikan asrama riuh-rendah. Keratan akhbar terbabit dilekatkan di papan notis bilik pentadbiran asrama yang dihuni penulis, sebab itu ia masih segar dalam ingatan ini.

Pada waktu itu, salah sebuah bangunan rumah pangsa di Bandar Baru Bangi telah dijadikan asrama untuk menempatkan sebahagian pelajar universiti.

Selain pelajar senior, asrama yang berada di kawasan kejiranan penduduk turut menempatkan pelajar matrikulasi undang-undang yang secara puratanya adalah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sudah tentu tahap kematangannya tidak seperti mahasiswa tahun satu dan ke atas.

Apa yang amat dibanggakan, sebaik sahaja aduan itu disiarkan oleh akhbar ini, pihak universiti terbabit telah mengambil langkah yang amat terpuji.

Tidak sampai pun tempoh 24 jam, pentadbiran universiti telah memindahkan kesemua pelajar matrikulasi undang-undangnya ke kampus utama yang terletak jauh dari kawasan kejiranan sekali gus menyelesaikan masalah penduduk yang terganggu dengan bunyi bising daripada penghuni asrama berkenaan terutama di waktu malam.

Pelajar dengan pelbagai latar belakang serta bermacam-macam kerenah akan datang dan pergi secara silih berganti, Namun, bagi penduduk setempat, itulah kediaman mereka.

Sebahagian besar pendapatan mereka dilaburkan untuk memiliki kediaman tersebut. Mereka sekeluarga berhak untuk hidup dengan aman dan sejahtera sampailah ke akhir hayat. Diharapkan isu pusat tahfiz terbabit dapat diselesaikan melalui pendekatan paling harmoni dan penuh kasih sayang. – UTUSAN

ZM SALLEH, Terengganu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya