Kos makanan boleh kurang hingga 50 peratus - Utusan Malaysia

Kos makanan boleh kurang hingga 50 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK Menu Rahmah diperkenalkan oleh kerajaan, rata-rata rakyat gembira kerana dapat mengurangkan kos perbelanjaan harian kira-kira 50 peratus berbanding kebiasaan.

Menu Rahmah ialah hidangan tengah hari atau malam yang mana ia seimbang dan merangkumi nasi, satu pilihan makanan mengandungi protein seperti ayam atau ikan, sayur dan air yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM5 sepinggan.

Sebelum ini, nasi berlauk ayam atau ikan dan air boleh mencecah sehingga RM10 atau lebih, tetapi kini boleh didapati pada harga RM5 atau kurang dari itu.

Pengenalan Menu Rahmah cukup melegakan terutama golongan miskin tegar dan berpendapatan rendah (B40) ketika rakyat dibelenggu oleh kenaikan kos sara hidup dan harga barang.

Di pihak kerajaan, diharapkan dapat meletakkan papan tanda Kedai Menu Rahmah di restoran dan gerai yang menjual hidangan ini sebagaimana Kedai Harga Patut (KHP) yang dilaksanakan dahulu.

Menu Rahmah ini juga akan menjadi suatu bentuk persaingan baharu yang lebih sihat kepada semua peniaga khususnya kedai makan.

Biarlah untuk permulaan ini, Menu Rahmah menjadi talian hayat kepada rakyat yang dalam kesempitan hidup dan tidak mustahil harga barangan lain akan turut turun.

Diberitakan, tidak kurang 15,000 kedai terlibat menawarkan Menu Rahmah dan diharapkan lebih banyak lagi restoran dan gerai menyambut seruan kerajaan ini di seluruh negara, tidak hanya di bandar besar tetapi hingga ke luar bandar yang kebanyakan penduduknya miskin tegar.

Dalam pada itu, kerajaan perlu mengawal kenaikan kos bahan mentah seperti ayam, ikan, sayur dan telur supaya harga Menu Rahmah kekal dijual sebanyak RM5 atau lebih baik lagi pada kadar berkurangan lagi.

Jangan pula nanti pula terdapat laporan saiz hidangan Menu Rahmah seperti ikan dan ayam semakin mengecil berikutan kos bahan mentah yang mahal. – UTUSAN

PEMBELI BIJAK, Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya