Kebebasan bersuara ada batasnya - Utusan Malaysia

Kebebasan bersuara ada batasnya

KEBEBASAN bersuara tertakluk kepada Perkara 10(4) Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TINDAKAN pemimpin kumpulan ekstrem, Rasmus Paludan membakar al-Quran di hadapan kedutaan Turkiye di ibu negara Sweden pada 21 Januari lalu jelas satu perbuatan menyalahgunakan hak kebebasan bersuara dengan langsung tidak sensitif terhadap agama lain.

Walaupun kebanyakan negara membenarkan kebebasan bersuara, namun ia harus dilaksanakan dengan cara yang bertanggungjawab. Tidak kiralah apa jua pandangan Paludan terhadap Islam, namun tindakan keterlaluan menghina agama seperti membakar al-Quran tidak patut berlaku.

Cara beliau mengekspresi pandangannya secara umum jelas merendahkan martabatnya sebagai pemimpin politik Sweden. Insiden terbaharu ini wajar dijadikan pengajaran buat rakyat Malaysia termasuk pemimpin politik agar menghormati pihak lain.

Walaupun Malaysia mengamalkan demokrasi dengan tidak menyekat kebebasan bersuara namun pada masa sama ia perlu disertai dengan sikap bertanggungjawab dan berhati-hati dengan tidak menyentuh isu sensitif. Memang benar Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan hak kebebasan bercakap dan bersuara kepada setiap warganegara.

Namun, hak berkenaan sebenarnya tidak mutlak dan terdapat sekatan tertentu termasuk dilarang untuk mempersoalkan isu kewarganegaraan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak-hak istimewa orang Melayu serta bumiputera. – UTUSAN

BLACK BEAUTY, Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya