Trump akui Iran masih miliki 22 peratus stok peluru berpandu

Trump akui Iran masih miliki 22 peratus stok peluru berpandu

DONALD TRUMP - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata Iran masih memiliki kira-kira 21 hingga 22 peratus daripada stok peluru berpandunya, ketika Teheran melancarkan puluhan serangan ke arah beberapa negara jiran di rantau itu minggu ini meskipun gencatan senjata masih berkuat kuasa dalam keadaan rapuh.

Dalam temu bual bersama NBC News pada Jumaat, Trump berkata Iran masih mempunyai keupayaan ketenteraan yang membolehkannya melancarkan serangan.

“Mereka masih mempunyai keupayaan. Mereka mempunyai beberapa peluru berpandu dan dron. Saya anggarkan mereka masih memiliki sekitar 21 hingga 22 peratus daripada peluru berpandu mereka,” katanya.

Anggaran itu lebih tinggi berbanding kenyataan beliau pada Mei lalu yang menyebut Iran hanya mempunyai baki kira-kira 18 peratus daripada stok peluru berpandunya.

Sebelum ini, Trump beberapa kali mendakwa keupayaan ketenteraan Iran dimusnahkan sepenuhnya susulan operasi ketenteraan AS.

Kenyataan terbaharu itu dibuat ketika gencatan senjata antara AS dan Iran yang bermula pada 8 April lalu terus diuji oleh beberapa insiden ketenteraan.

Pada Jumaat, tentera Iran mendakwa telah melancarkan ‘peluru berpandu amaran’ ke arah dua kapal pemusnah AS di Teluk Oman, namun dakwaan itu segera dinafikan oleh pihak tentera AS.

Dua hari sebelum itu, Kuwait memaklumkan pasukannya berjaya memintas 30 peluru berpandu balistik yang didakwa dilancarkan Iran dalam satu tindakan yang disifatkan sebagai ‘pencerobohan kejam’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN