HDB: Mengapa tidak guna kepakaran tempatan?

HDB: Mengapa tidak guna kepakaran tempatan?

PROFESOR DR. TAJUDDIN RASDI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

HASRAT Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang mahu membawa masuk agensi perumahan Singapura, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bagi tujuan menambah baik sektor perumahan di negara ini tidak salah dari segi dasar, Namun, ia bukanlah langkah strategik untuk negara atau kementerian, apatah lagi untuk rakyat. Dalam keadaan ekonomi lembab, kos-kos untuk membayar pakar ini bukan kecil malah kerahsiaan elemen-elemen strategik kepentingan negara perlu diambil kira.

Ia melibatkan isu hartanah dan hal ini pastinya memerlukan nasihat daripada pakar perundangan kerana cadangan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatam, Nga Kor Ming itu boleh mendedahkan maklumat aset negara, iaitu tanah kepada pihak luar.

Kementerian harus mengkaji sedalam-dalamnya sebelum langkah susulan boleh dibuat. Malah, ahli-ahli Parlimen wajar membincangkan hal ini di Parlimen.

Dalam masa sama, membaca hujah atau kritikan awam mengenai langkah KPKT ini ada sandarannya, iaitu adakah Malaysia sudah tidak punya kepakaran dalam mengurus isu ini? Ia sewajarnya dibincangkan di setiap peringkat kerana dalam isu ini, rakyat juga adalah pemegang taruh utama.

Mungkin Kor Ming terlupa atau terlepas pandang yang DAP mempunyai seorang pakar dalam perancang bandar iaitu Profesor Dr. Tajuddin Rasdi. Beliau seorang arkitek yang sangat berpengalaman, baik dalam bidang akademik mahupun industri perumahan.

Beliau juga telah membuat kajian dan menerbitkan banyak buku mengenai isu ini. Mengapa tidak menggunakan perkhidmatan beliau?

Bahkan Malaysia mempunyai banyak agensi berpengalaman dalam mengurus masalah perumahan negara seperti Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), UDA Holdings Berhad, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).

Langkah Kor Ming untuk membawa masuk pakar asing secara tidak langsung seolah-olah tidak yakin dan tidak mengiktiraf pakar dan agensi tempatan.

Oleh itu, menteri yang bertanggungjawab harus menjelaskan kepada rakyat apa kelebihan HDB Singapura berbanding pakarpakar dan agensi dalam negara kita. Jika tidak dijelaskan, maka gosip-gosip politik liar  ini akan ditafsir oleh rakyat sebagai berita benar.-UTUSAN

MAHDZIR IBRAHIM
Timbalan Ketua Penerangan
Gerakan Tanah Air (GTA)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya